+603 2615 4303 bendahari.kl@utm.my
PEMBAYARAN PENDAHULUAN

Pendahuluan Perjalanan
– Merupakan pendahuluan yang diberikan kepada staf untuk perjalanan dalam dan luar negeri.
– 90% bagi perjalanan dalam negeri.
– 100% bagi perjalanan luar negeri.
– Had minima :
o Kump.A – RM500.00
o Kump.B – RM300.00
o Kump.C – RM100.00
o Kump.D – Tiada had

Pendahuluan Pelbagai
– Merupakan pendahuluan yang diberikan kepada staf untuk aktiviti/program rasmi dalam dan luar negeri.
– Had tidak melebihi RM5,000.00 (untuk bajet mengurus), sekiranya melebihi RM5,000.00 perlu kelulusan dari pihak pengurusan Pejabat Bendahari UTM.

PELARASAN PENDAHULUAN

Penerima pendahuluan mempunyai masa 14 hari untuk menghantar e-form:
– Tuntutan perjalanan (untuk pendahuluan perjalanan).
– Bayaran balik wang (pendahuluan pelbagai) sertakan bersama resit perbelanjaan.

Notis peringatan dan potongan gaji bagi yang gagal melaraskan pendahuluan
– Peringatan akan dikeluarkan sekiranya tuntutan tidak diterima selepas 14 hari dari tempoh tamat aktiviti dan surat arahan potongan gaji akan dikeluarkan bagi pendahuluan yang gagal diselaraskan selepas 21 hari dari tarikh tamat aktiviti beserta denda 10% dari jumlah pendahuluan.