PANDUAN PENGAMBILAN ALATULIS DAN BEKALAN AM DARI STOR PUSAT, PEJABAT BENDAHARI UTM Kuala Lumpur
Prosedur yang perlu dipatuhi oleh Jabatan / Fakulti sebelum sesuatu permohonan diluluskan.
- Borang Permohonan Alatulis dan Bekalan Am (3 warna : Putih, hijau dan kuning)
Borang Permohonan hendaklah ditaip berkomputer dan diisi dalam tiga (3) salinan dengan menggunakan kertas saiz A4 berwarna putih, hijau dan kuning. Borang Permohonan berwarna putih untuk rekod Kad Kawalan Stok, Borang Permohonan berwarna hijau untuk rekod Kad Bin dan Borang Permohonan berwarna kuning untuk simpanan Jabatan / Fakulti setelah pengeluaran barang dibuat. Pastikan Pegawai di Jabatan / Fakulti menyemak dan menandatangani Borang Permohonan berwarna kuning dan disimpan dengan baik.
- Penyediaan dan Pengesahan Borang Permohonan
Borang Permohonan hendaklah disediakan oleh staf yang bertanggungjawab keatas kawalan stok di Jabatan / Fakulti kemudian disahkan oleh Ketua Jabatan atau Pegawai yang diberi tanggungjawab dan dihantar ke Pejabat Bendahari untuk semakan dan kelulusan.
- Tempoh 3 hari – keperluan biasa
Borang Permohonan dihantar dalam tempoh 3 hari sebelum giliran mengambil bekalan.
- Tempoh 2 minggu – keperluan kuantiti yang banyak
Borang Permohonan untuk keperluan peperiksaan, bengkel, seminar dan kursus hendaklah dihantar 2 minggu sebelum tarikh program / peperiksaan untuk mempastikan stok mencukupi.
- Tempoh sebulan – keperluan Kepala Surat
Permohonan bagi Kepala Surat hendaklah mengemukakan surat rasmi berserta borang permohonan. Permohonan hendaklah dikemukakan satu bulan lebih awal kerana Pihak stor tidak menyimpan stok Kepala Surat dan tempahan akan dibuat apabila ada permohonan. Pihak Jabatan / fakulti hendaklah memantau keperluan Kepala Surat supaya tidak terputus bekalan.
- Keperluan segera
Sekiranya berlaku keperluan segera, pihak Jabatan / fakulti hendaklah mengemukakan Borang Permohonan berserta dengan Surat iringan yang mengandungi sebab keperluan segera tersebut dan disahkan oleh Ketua Jabatan atau Pegawai yang diberi tanggungjawab. Namum demikian, pengeluaran adalah tertakluk kepada kelulusan dan kuantiti stok semasa
- Mengisi borang dengan betul
Pastikan no. kod dan nama barang adalah betul dan bagi setiap satu borang hanya dibenarkan lima (5) item sahaja dan item seterusnya hendaklah menggunakan borang tambahan. Senarai lampiran dan tulisan tangan (tambahan) tidak dibenarkan untuk mengelakkan penipuan semasa pengambilan.
- Nyatakan “chargeline” / bajet
Semua permohonan hendaklah menyatakan “chargeline” / vot dan nama Jabatan / Fakulti untuk tujuan pelarasan bajet PTJ masing-masing pada setiap bulan.