INFO CUTI KUARANTIN
-
KelayakanSekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin. Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah kepada anak kandung, anak tiri tanggungan, anak angkat de facto, anak angkat; dan anak pelihara berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun
SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT
-
1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah3. Campak (Measles)4. Chickenpox5. Difteria6. MalariaNota:Jenis penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari semasa ke semasa.Kadar Tempoh
- 5 hari maksimum bagi setiap kes dan tidak termasuk hari Rehat Mingguan dan hari Kelepasan Am.
INFO CUTI KEMATIAN AHLI KELUARGA
Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat
diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam selama tiga (3) hari untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat yang dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002
(PP Bil. 10/2002).
SYARAT-SYARAT
-
- Ahli keluarga terdekat – suami/isteri, anak-anak termasuk anak angkat (de facto), anak pelihara, ibu dan bapa kandung, ibu bapa angkat serta ibu dan bapa mertua pegawai yang sah disisi undang-undang.
- Kemudahan diperuntukan untuk urusan kematian ibu mentua atau bapa mentua adalah terhad bagi seorag ibu mentua dan bapa mentua sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan.
- Mengemukakan salinan pengesahan kematian kepada Ketua Jabatan.
- Bermula pada tarikh kematian, atau hari berikutnya jika kematian selepas waktu pejabat.
- Hendaklah dicatatkan di dalam Buku Rekod Perkhidmatan Pegawai.
Kadar Tempoh
- 3 hari termasuk hari Rehat Mingguan dan hari Kelepasan Am.
INFO CUTI MENJAGA ANAK
Your Title Goes Here
Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.