Dalam usaha untuk memastikan ketepatan pelaporan, Jabatan Bendahari, dengan ini menyeru semua Warga UTM yang terlibat dengan fungsi penerimaan wang & tuntutan hasil, untuk mematuhi penggunaan Kod Item/SODO sepertimana berikut :-

  1. Semua jenis hasil sewaan ruang/kemudahan yang dijana melalui pemberian servis kepada PTJ di dalam UTM, sila gunakan Kod Item “E14204 – Cost Sharing Lain-Lain Kemudahan”.
  2. Bagi transaksi hasil sewaan ruang yang dilakukan antara pihak UTM dan Anak Syarikat UTM, sila gunakan, Kod Item “H74013 – Sewaan Ruang oleh Anak Syarikat”.

Jabatan Bendahari memohon kerjasama semua pihak berkaitan untuk memastikan penggunaan Kod Item/SODO yang tepat. Atas kerjasama yang diberikan diucapkan jutaan terima kasih.

P/S : Jangan lupa pastikan keselamatan wang kutipan. Pastikan semua Pindahan Wang & kutipan dihantar ke Jabatan Bendahari dengan SEGERA.

P/S : Pastikan sebelum laksanakan penerimaan wang, dapatkan Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Penerimaan dari Jabatan Bendahari.

P/S : Tak tahu guna modul Terimaan & Bil Tuntutan? Cepat-cepat hubungi Cikgu-Cikgi di UTKK.

P/S : Ingat, tak handsome tak apa, janji kaya? Eh salah. Tak tahu, tak apa. Janji ambil tahu.

Terima kasih atas perhatian anda.

#UTKKPeduli