Assalammualaikum W.R.T & Salam Sejahtera.

YBhg. Prof. / Dr. / Saudara, 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan semua urusan permohonan pembelian tahun 2020 bagi peruntukan dana Mengurus (U), akan ditutup pada 30 Oktober 2020 jam 5.00 petang.  Permohonan pembelian yang diterima selepas tarikh ini akan hanya diproses pada tahun 2021 dengan menggunakan peruntukan tahun 2021.

Modul Perolehan (Dana Mengurus) dalam Sistem Kewangan Universiti juga akan ditutup pada 30 Oktober 2020 jam 5.00 petang.  PTJ diminta menyediakan Pesanan Tempatan lebih awal jika aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada bulan Novermber dan Disember 2020.

Permohonan pembelian bagi peruntukan dana Mengurus (U), yang diproses di PTJ masing-masing hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 30 Oktober 2020 jam 5.00 petang termasuk urusan pengeluaran Pesanan Tempatan.

Walaubagaimanapun, sila pastikan peruntukan adalah mencukupi sebelum perolehan diuruskan dan pembayaran dibuat pada tahun 2020.  Adalah diingatkan bahawa Pesanan Tempatan yang dikeluarkan pada tahun 2020 tetapi pembayaran dibuat pada tahun 2021, amaun tersebut akan dibayar dengan menggunakan peruntukan 2021 yang diagihkan kepada PTJ pada awal tahun 2021.  Tiada peruntukan tambahan akan diberikan kepada PTJ bagi PT yang dikeluarkan pada tahun 2020 tetapi patut dibayar pada tahun 2021.

3. Manakala semua urusan permohonan pembelian tahun 2020 bagi peruntukan dana Amanah (A), Pembangunan (D), dana Universiti Penyelidikan (Q), dana Penyelidikan (R) akan ditutup pada    15 Disember 2020 (Selasa) jam 5.00 petang.  Permohonan pembelian yang diterima selepas tarikh ini akan hanya diproses pada tahun 2021.

Modul Perolehan (Selain Dana Mengurus) dalam Sistem Kewangan Universiti juga akan ditutup pada 15 Disember 2020 (Selasa) jam 5.00 petang.  PTJ diminta menyediakan Pesanan Tempatan lebih awal jika aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada bulan Disember 2020.  Pejabat ini hanya akan membantu untuk mencetak Pesanan Tempatan sahaja.

Permohonan pembelian bagi peruntukan dana Amanah (A), Pembangunan (D), dana Universiti Penyelidikan (Q) dan dana Penyelidikan (R) yang diproses di PTJ masing-masing hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 15 Disember 2020 (Selasa) jam 5.00 petang termasuklah urusan pengeluaran Pesanan Tempatan.

4. Ringkasan tarikh terakhir permohonan pembelian mengikut jenis dana peruntukan adalah seperti

Perhatian dan kerjasama daripada Y. Bhg. Prof/Saudara berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.