Assalammualaikum W.R.T & Salam Sejahtera.

YBhg. Prof. / Dr. / Saudara, 

Merujuk kepada pemakluman terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkaitan kadar baru caruman berkanun syer pekerja, KWSP akan mengurangkan kadar caruman berkanun syer pekerja daripada 11% kepada 9% mulai gaji bulan Januari 2021.  

Penjelasan lanjut berkenaan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja ini adalah seperti berikut: 

1.     Kadar caruman berkanun syer pekerja baru ini akan berkuatkuasa mulai gaji bulan Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga gaji bulan Disember 2021 (caruman Januari 2022), tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991. Kadar caruman berkanun syer pekerja baru ini adalah terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum.

Kadar caruman majikan adalah kekal.

Kadar Caruman Pekerja KWSPTempohUmur StafCatatan
9 %Gaji Januari 2021 (caruman Februari 2021)   hingga   Gaji Disember 2021 (caruman Januari 2022)Bawah 60 tahunStaf diberi peluang untuk membuat pilihan samada kekal dengan caruman 11% atau 9%.   Pihak PSM PTJ akan menyediakan data setelah mendapatkan maklumbalas daripada staf.  

2.   Kadar caruman berkanun syer pekerja bagi staf berumur 60 tahun dan ke atas adalah kekal dan tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.

Kadar caruman majikan ialah 4%

Kadar Caruman Pekerja KWSPTempohUmur Staf
0 %Kekal sehingga terima arahan terbaru daripada KWSP.60 tahun dan ke atas

Jabatan Bendahari, Jabatan Pendaftar, PSM PTJ, teknikal Jabatan Bendahari dan teknikal UTMDigital akan bersama-sama membantu memastikan pelaksanaan perubahan peratus caruman pekerja KWSP ini berjalan lancar.

Sekian untuk makluman, terima kasih.