JABATAN BENDAHARI
DEFINISI INOVASI
Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi yang berupa produk atau perkhidmatan boleh merangkumi apa-apa perubahan dan penambahbaikan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja. Inovasi boleh terdiri daripada projek-projek seperti berikut:-
- Penghasilan sistem baharu.
- Pembaharuan sistem sedia ada.
- Penghasilan proses kerja baharu yang memberi kepuasan kepada pelanggan.
- Pembaharuan kerja yang memberi impak kepada pelanggan dan boleh dimanfaatkan kepada orang lain.
KRITERIA ANUGERAH INOVASI SYARAT/KELAYAKAN
- Staf Jabatan
- Kategori : Individu dan Kumpulan
- Inovasi yang dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020.
- Pengesahan Ketua
KRITERIA PENILAIAN DAN PEMARKAHAN
- Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Jabatan Bendahari adalah seperti berikut:
- Kreativiti
- Efisien dan keberkesanan kos
- Signifikan
- Potensi perlaksanaan; dan
- Komitmen pengurusan
- Individu/kumpulan yang berjaya menghasilkan inovasi berdasarkan kepada :
- Faedah kepada Jabatan & Universiti
- Peningkatan produktiviti, imej organisasi & kepuasan
- Keberkesanan
- Penilaian adalah berdasarkan inovasi yang dihasilkan iaitu sama ada dalam bidang kerja teknikal atau inovasi dalam bidang kerja pentadbiran dan memberi faedah jelas dari segi peningkatan kualiti dan produktiviti bahagian/unit;
KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH
- Individu
- Pemenang
Wang Tunai & Sijil Penghargaan
- Kumpulan
- Pemenang
Wang Tunai & Sijil Penghargaan
PENCALONAN/PENYERTAAN
- Individu/ kumpulan/ jabatan dan rakan sejawat boleh mencalonkan untuk menyertai Anugerah Inovasi Jabatan Bendahari
- Pencalonan dari staf melalui Ketua Bahagian atau pencalonan dari Ketua Bahagian.
- Pihak mencalon hendaklah menyediakan Slide Pembentangan yang mengandungi perkara-perkara berikut:
- Penerangan mengenai inovasi yang diperkenalkan, objektif, tempoh pelaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan dan lokasinya;
- Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan;
- Masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi dilaksanakan;
- Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan
- Maklumat sokongan seperti gambar, CD dan sebagainya boleh
- Pencalonan hendaklah sampai kepada urus setia selewat-lewatnya pada atau sebelum 26 September 2021
Borang pencalonan hendaklah dihantar (softcopy/hardcopy) kepada urus setia anugerah sepertimana di bawah :
Pn. Norlia binti Isnin, UTM Johor Bahru
Urus Setia Anugerah Inovasi Jabatan Bendahari Jabatan Bendahari
81310 UTM Johor Bahru, Johor