ANUGERAH INOVASI

JABATAN BENDAHARI

 DEFINISI  INOVASI

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi yang berupa produk atau perkhidmatan boleh merangkumi apa-apa perubahan dan penambahbaikan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja. Inovasi boleh terdiri daripada projek-projek seperti berikut:-

  • Penghasilan sistem baharu.
  • Pembaharuan sistem sedia ada.
  • Penghasilan proses kerja baharu yang memberi kepuasan kepada pelanggan.
  • Pembaharuan kerja yang memberi impak kepada pelanggan dan boleh dimanfaatkan kepada orang lain.

KRITERIA ANUGERAH INOVASI SYARAT/KELAYAKAN

  • Staf Jabatan
  • Kategori : Individu dan Kumpulan
  • Inovasi yang dilaksanakan pada tahun 2022.
  • Pengesahan Ketua

KRITERIA PENILAIAN DAN PEMARKAHAN

  • Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Jabatan Bendahari adalah seperti berikut:
    • Kreativiti
    • Efisien dan keberkesanan kos
    • Signifikan
    • Potensi perlaksanaan; dan
    • Komitmen pengurusan
  • Individu/kumpulan yang berjaya menghasilkan inovasi berdasarkan kepada :
    • Faedah kepada Jabatan & Universiti
    • Peningkatan produktiviti, imej organisasi & kepuasan
    • Keberkesanan
  • Penilaian adalah berdasarkan inovasi yang dihasilkan iaitu sama ada dalam bidang kerja teknikal atau inovasi dalam bidang kerja pentadbiran dan memberi faedah jelas dari segi peningkatan kualiti dan produktiviti bahagian/unit;

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Individu
    • Pemenang

Wang Tunai & Sijil Penghargaan

  • Kumpulan
    • Pemenang

Wang Tunai & Sijil Penghargaan

PENCALONAN/PENYERTAAN

  • Individu/ kumpulan/ jabatan dan rakan sejawat boleh mencalonkan untuk menyertai Anugerah Inovasi Jabatan Bendahari
  • Pencalonan dari staf melalui Ketua Bahagian atau pencalonan dari Ketua Bahagian.
  • Pihak mencalon     hendaklah     menyediakan     Slide     Pembentangan yang mengandungi perkara-perkara berikut:
    • Penerangan mengenai    inovasi    yang diperkenalkan, objektif,       tempoh pelaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan dan lokasinya;
    • Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan;
    • Masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi dilaksanakan;
    • Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan
    • Maklumat sokongan seperti gambar, CD dan sebagainya boleh
  • Pencalonan hendaklah sampai kepada urus setia selewat-lewatnya pada 31 Julai 2023 

 

Borang pencalonan hendaklah dihantar (softcopy/hardcopy) kepada urus setia anugerah sepertimana di bawah :

En. Ahmad Safarin bin Masri, UTM Johor Bahru

 

Urus Setia Anugerah Inovasi Jabatan Bendahari Jabatan Bendahari

81310 UTM Johor Bahru, Johor