+603 2615 4303 bendahari.kl@utm.my

 

KETUA BAHAGIAN

Assalamualaikum wbth. dan Malaysia Madani,

Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung laman web rasmi Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur. Di pihak kami usaha-usaha sedang dilaksanakan bagi meningkatkan penyaluran maklumat berkaitan.

Pejabat Bendahari sentiasa berusaha untuk memenuhi kepuasan pelanggan yang berurusan dengan kami.  Bagi tujuan tersebut dari semasa ke semasa pejabat ini akan mengadakan kajian kepuasan pelanggan secara online bagi mendapatkan maklumbalas untuk digunakan sebagai asas dalam menambahbaik perkhidmatan kami. 

Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan, komen dan pendapat untuk memperbaiki mutu penyebaran maklumat dan fungsi laman web kami sebagai salah satu medium penyampaian maklumat yang efektif dan efisien kepada warga UTM.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.