+603 2615 4303 bendahari.kl@utm.my
Select Page

 

KETUA BAHAGIAN

Assalamualaikum wbth. dan Malaysia Madani,

Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung laman web rasmi Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur.  Saya amat berbesar hati dimana akhirnya laman web kami dapat menemui anda dengan penampilan yang lebih menarik.  Di pihak kami usaha-usaha sedang dilaksanakan bagi meningkatkan penyaluran maklumat berkaitan dengan peranan pejabat ini dan berita-berita mutakhir untuk manfaat bersama.

Pejabat Bendahari sentiasa berusaha untuk memenuhi kepuasan pelanggan yang berurusan dengan kami.  Bagi tujuan tersebut dari semasa ke semasa pejabat ini akan mengadakan kajian kepuasan pelanggan secara on line mahupun manual bagi mendapatkan maklumbalas untuk digunakan sebagai asas dalam menambahbaik perkhidmatan kami.  Disamping itu, bagi memastikan perkhidmatan yang diberi mematuhi piawaian yang ditetapkan, aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti melalui taklimat serta roadshow pada PTJ giat dilaksanakan.  Dimulai dengan persijilan Amalan 5S sejak 2010 dan persijilan MS ISO 9001:2008 serta penglibatan dalam OSHE Universiti bagi perkhidmatan Pengurusan Kewangan.

Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan, komen dan pendapat untuk memperbaiki mutu penyebaran maklumat dan fungsi laman web kami sebagai salah satu medium penyampaian maklumat yang efektif dan efisien kepada warga UTM.

Sekian, terima kasih.