SENARAI SEMAK PINJAMAN KOMPUTER
- Borang Hendaklah Diisi Dalam 1 Salinan (Online – UTMFIN ) Dan Dicetak
- 1 Salinan Kad Pengenalan / Pasport.
- 1 Salinan Surat Pengesahan Jawatan (Staf Utm Yang Telah Disahkan) Atau Surat Tawaran Utm Bagi Staf Utm Yang Belum Disahkan (Staf Kontrak Dan Tetap Sahaja Yang Layak Membuat Pinjaman)
- 1 Salinan Slip Gaji Terkini
- Sebutharga Dari Syarikat Untuk Pembelian Komputer (syarikat yang mendaftar dengan UTM)
- 2 Orang Penjamin Dari Staf UTM Yang Telah Disahkan Serta Mendapat Pengesahan Ketua Jabatan Dan Penolong Pendaftar (Tempoh Perkhidmatan Kedua-Dua Penjamin Mestilah Melebihi Tempoh Pinjaman Staf Yang Dijamin).
- 1 Salinan Opsyen Bersara Wajib Pada Umur 55 Tahun, 56 Tahun, 58 Tahun Atau 60 Tahun Bagi Tempoh Perkhidmatan Kurang 5 Tahun.
- Hanya Pegawai-Pegawai Universiti Kumpulan A,B Yang Telah Disahkan Jawatan Sahaja Layak Menjamin Dan Perkhidmatan Serta Umur Bersara Penjamin Hendaklah Lebih Dari Tempoh Pinjaman Penjamin.
*Nota : Borang permohonan beserta dokumen yang telah lengkap dan disahkan oleh Penolong Pendaftar hendaklah melalui Pengurusan Sumber Manusia Faulti /Jabatan masing-masing
SKIM PEMBIYAAN KOMPUTER UTM
Jumlah Pembiayaan : Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM 5,000.00 sahaja.
Contoh Pengiran Kelayakan:
Gaji Pokok : RM 2,500.00
Elaun-elaun : RM 640.00
Jumlah : RM 3,140.00
Jumlah potongan : RM 1,500.00
Perkiraan : RM 1,500.00 x 100
RM3,140.00
= 47% (layak)
Kelayakan permohonan : potongan tidak melebihi 60% daripada gaji kasar
Tempoh Pembiayaan : Tidak melebihi 48 bulan (4 tahun)
Pembelian Komputer : Pembelian komputer yang dibenarkan adalah pembelian komputer baru termasuk perkakasan dan perisiannya. Komputer bagi maksud ini dikelaskan kepada 3 :
- Komputer desktop
- Komputer riba
- Komputer tablet
Perkakasan yang dimaksudkan ini dikelaskan kepada 3 kategori ;-
- Mesin pencetak
- Mesin pengimbas
- Peranti pelbagai fungsi
SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN UTM
Amaun pembiayaan maksimum yang boleh diberi kepada seseorang pegawai adalah seperti berikut:-
BIL | JENIS KENDERAAN | JAWATAN | HAD PEMBIAYAAN | TEMPOH |
1 | Kereta | Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas ke atas | RM 70,000.00 | -Kereta Baru 108 bulan
(9 tahun)
-Kereta terpakai tidak melebihi 96 bulan (8 tahun) |
Kumpulan Pengurusan dan Profesional | RM 65,000.00 | |||
Kumpulan Sokongan | RM 55,000.00 | |||
2 | Motosikal | Semua jawatan | RM 5,000.00 | motosikal baru tidak melebihi
60 bulan (5 tahun)
motosikal terpakai tidak melebihi 48 bulan (4 tahun) |
3 | Basikal | Semua jawatan | RM 500.00 | Tidak melebihi
20 bulan |
SENARAI SEMAK PINJAMAN KENDERAAN
- Borang hendaklah diisi dalam 2 salinan (online – UtmFin) dan dicetak.
- 1 salinan lesen memandu yang sah.
- 1 salinan kad pengenalan.
- 1 salinan surat pengesahan jawatan (staf UTM yang telah disahkan) atau surat tawaran UT bagi staf UTM yang belum disahkan (staf kontrak dan tetap sahaja yang layak membuat pinjaman).
- 1 salinan slip gaji terkini.
- Sebutharga dari syarikat untuk pembelian kenderaan baru atau terpakai (syarikat yang mendaftar dengan UTM).
- Surat jual beli dari penjual individu (bukan syarikat), salinan geran, sijul penilaian JKR dan pengesahan baki hutang (jika ada bagi pembelian kereta terpakai).
- Salinan geran, salinan AP dan surat akuan import kenderaan bagi kereta yang dibawa dari luar negara setelah tamat cuti belajar.
- 2 orang penjamin dari staf UTM yang telah disahkan serta mendapat pengesahan Ketua Jabatan da n Penolong Pendaftar (tempoh perkhidmatan kedua-dua penjamin mestilah melebihi tempoh pinjaman staf yang dijamin).
- 1 salinan opsyen bersara wajib pada umur 55 tahun, 56 tahun, 58 tahun atau 60 tahun bagi tempoh perkhidmatan kurang 9 tahun.
- Hanya pegawai-pegawai university kumpulan A atau B yang telah disahkan jawatan sahaja layan menjamin dan perkhidmatan serta umut bersara penjamin hendaklah lebih dari tempoh pinjaman kenderaan.
*Nota : Borang permohonan beserta dokumen yang telah lengkap dan disahkan oleh Penolong Pendaftar hendaklah melalui Pengurusan Sumber Manusia Fakulti / Jabatan masing-masing.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI :
- NORIZAN : 03-2615 4455
- MOHD FADZIL : 03-2615 4805