PIAGAM PELANGGAN
KAMI BERILTIZAM UNTUK
INTEGRITI, AKAUNTABILITI DAN KREDIBILITI
PERKHIDMATAN KEWANGAN BERKUALITI
KETERSEDIAAN SISTEM KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
PENGURUSAN DAN PENGAWALAN RISIKO
Meningkatkan nilai integriti, akauntabiliti serta kredibiliti dalam perkhidmatan dan pengurusan kewangan
Menyampaikan perkhidmatan kewangan berkualiti bagi menyokong kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan
Memastikan ketersediaan sistem kewangan dan perakaunan bagi menghasilkan maklumat yang tepat untuk rnembuat keputusan
Mengurus dan mengawal risiko bagi menangani ketidakpastian dalam operasi kewangan
Tiada kes salahlaku melibatkan pengurusan kewangan
- 100% agihan bajet kepada Pusat Tanggunjawab dilaksanakan dalam masa 7 hari bekerja
- 90% bayaran kepada pelanggan disediakan dalam tempoh 5 hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima
- 95% Pesanan Tempatan dikeluarkan kepada pembekal dalam tempoh 5 hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima
- 95% verifikasi Harta Tetap Universiti dijalankan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh borang permohonan yang lengkap diterima
- 100% surat tawaran Pinjaman Komputer dan Kenderaan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh kelulusan
- 95% resit rasmi disediakan dengan tepat dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan kutipan
Memperoleh Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran
Penarafan risiko seperti di Dashboard Strategik dan Operasi Jabatan Bendahari