SEJARAH JABATAN BENDAHARI

1975

Pada 1 April 1975, Institut Teknologi Kebangsaan telah diiktiraf sebagai Universiti Teknologi Malaysia secara rasmi. Penempatan ketika itu adalah di Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Serentak dengan itu juga, Jabatan Bendahari telah memulakan operasinya sendiri.

"

Jabatan Bendahari ketika itu telah diterajui oleh Puan Azizah binti Zahari sebagai Bendahari (Bendahari pertama). Segala pengurusan pembayaran dan penerimaan ketika itu diproses secara manual oleh beberapa orang staf sahaja.

"

1981

"

Encik Mohd Adnan bin Ali, pegawai yang dipanjamkan dari Jabatan Akauntan Negara (Bendahari kedua) menjawat jawatan Bendahari UTM dari tahun 1981 hingga 1982. 

1982

Jawatan itu kemudiannya diambil alih oleh Encik Mohamed Zabidi Dasuki dari tahun 1982 hingga 1983 (Bendahari ketiga), seorang lagi pegawai yang dipnjamkan dari Jabatan Akauntan Negara.

"

1984

"

Kemudian jawatan ini disandang oleh Puan Hajah Siti Ramelah bte Yahya (Bendahari keempat) pada tahun 1984. Puan Siti Ramelah merupakan Bendahari pertama yang yang dilantik di kalangan pegawai UTM.

1989

Pada tahun 1989, kampus induk UTM telah berpindah ke Skudai. Namun begitu sebahagian kecil staf masih meneruskan operasinya di kampus cawangan Jalan Semarak. Selaras dengan pertambahan tugas harian maka bilangan staf Jabatan Bendahari ketika itu juga telah meningkat kepada 80 orang.

Untuk melancarkan lagi operasi di jabatan ini maka beberapa unit telah diwujudkan mengikut kesesuaian tugas hakiki. Unit-unit tersebut adalah Unit Pembayaran, Unit Gaji dan Pinjaman, Unit Akaun & Penerimaan, Unit Rekod Harta dan Setor, Unit Perolehan & Belanjawan , Unit Pentadbiran & Pembangunan Sumber Manusia dan Unit Biasiswa & Akaun Pelajar.

"

1992

"

Pemimpin silih berganti, musim berputar pergi, Jabatan Bendahari diterajui pula oleh Tuan Haji Mohamed bin Abdullah (Bendahari kelima) pada tahun 1992. Namun apa yang pasti Jabatan Bendahari berusaha untuk menyalurkan khidmat untuk kepuasan semua pelanggan.

1995

Pada tahun 1995 Jabatan Bendahari telah menempa sejarah baru bila sistem kerja berkomputer diperkenalkan dan digunakan sepenuhnya dalam kerja-kerja harian. Ini sebagai langkah menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat IT yang mahir. Sistem Makumat Kewangan (SMW) dan Gaji (SMG) mula digunakan.

 

"

2003

"

Usaha pengekalan kualiti menjadi budaya yang diterapkan ke dalam Jabatan Bendahari UTM. Demi meneruskan harapan dan legasi pimpinan terdahulu agar proses penyampaian perkhidmatan yang berteraskan Sistem Kualiti dapat dihayati dengan tulus dan kekal sebagai budaya kerja, Jabatan Bendahari berjaya mendapatkan Persijilan ISO 9001:2000.

2009

Usaha disambung menerusi kesinambungan pimpinan Bendahari di bawah teraju Puan Hajah Sharifah Alwiah binti Syed Alwi (Bendahari keenam) pada tahun 2009 sehingga Februari 2017.

 

"

2010

"

UTM mula menggunakan Sistem Maklumat Kewangan Bersepadu HRFin yang menjadi titik permulaan kepada penggunaan sistem kewangan ‘web-based’ sehingga kini (UTMFin).  

2012

Jabatan Bendahari beralih ke Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 pada tahun 2012.

"

2017

Bermula Mac 2017. Jabatan Bendahari diterajui oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Mohd Salleh @ Ahmad (Bendahari ketujuh) dalam meneruskan legasi kepimpinan terdahulu dengan kekuatan staf seramai 123 orang bagi kampus Johor Bahru dan 25 orang bagi kampus Kuala Lumpur.

Pada tahun 2017 juga, Jabatan Bendahari mula mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 hingga kini.