Assalammualaikum W.R.T & Salam Sejahtera.

YBhg. Prof. / Dr. / Saudara, 

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Bagi memastikan kelangsungan Universiti dan urgency pembayaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Jabatan Bendahari mengambil inisiatif mengaktifkan proses bayaran secara email seiring dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan.

3. Ini juga selaras dengan Arahan Perbendaharaan 103 (a) – Ketua Jabatan atau ketua pejabat hendaklah meminta supaya semua bil dan tuntutan disampaikan dengan segera. Mereka hendaklah memastikan bahawa bil itu dibayar dengan segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna.

4. Dilampirkan Garis Panduan bagi bayaran secara email. Segala dokumen sokongan bayaran hendaklah jelas dan dihantar kepada email bendahari-uby@utm.my . Penghantaran dokumen asal yang lengkap ke Jabatan Bendahari hendaklah dibuat 14 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan Tamat.

5. Penyalahgunaan kelonggaran perakuan bayaran ini akan akan dibawa ke siasatan AP59 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib danSurcaj) 2000 (Akta 605).

Pengaktifan proses kerja ini adalah berkuatkuasa mulai 15 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 atau sehingga pihak Kerajaan mengeluarkan arahan terbaharu mengenai PKP ini.

Sekian, terima kasih