SEJARAH JABATAN BENDAHARI

 

Latar belakang Jabatan Bendahari

Pada 1 April 1975 Institut Teknologi Kebangsaan telah diiktiraf sebagai Universiti Teknologi Malaysia secara rasmi. Penempatan ketika itu adalah di Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Serentak dengan itu juga, Jabatan Bendahari telah memulakan operasinya sendiri.

Organisasi ini telah diterajui oleh Puan Azizah bte Zahari sebagai Bendahari. Segala pengurusan pembayaran dan penerimaan ketika itu diproses secara manual oleh beberapa orang staf sahaja. Encik Mohd Adnan bin Ali menjawat jawatan Bendahari UTM dari tahun 1981 hingga 1982. Jawatan itu kemudiannya diambil alih oleh Encik Mohamed Zabidi Dasuki (Tahun 1982-1983). Kemudian jawatan ini disandang oleh Puan Hajah Siti Ramelah bte Yahya pada tahun 1984.

Pada tahun 1989, kampus induk UTM telah berpindah ke Skudai. Namun begitu sebahagian kecil staf masih meneruskan operasinya di kampus cawangan Jalan Semarak. Selaras dengan pertambahan tugas harian maka bilangan staf Jabatan Bendahari ketika itu juga telah meningkat kepada 80 orang.

Untuk melancarkan lagi operasi di jabatan ini maka beberapa unit telah diwujudkan mengikut kesesuaian tugas hakiki. Unit-unit tersebut adalah Unit Pembayaran, Unit Gaji dan Pinjaman, Unit Akaun & Penerimaan, Unit Rekod Harta dan Setor, Unit Perolehan & Belanjawan , Unit Pentadbiran & Pembangunan Sumber Manusia dan Unit Biasiswa & Akaun Pelajar.

Pemimpin silih berganti, musim berputar pergi, Jabatan Bendahari diterajui pula oleh Tn. Hj. Mohamed bin Abdullah pada tahun 1992. Namun apa yang pasti Jabatan Bendahari berusaha untuk menyalurkan khidmat untuk kepuasan semua pelanggan.

Pada tahun 1995 Jabatan Bendahari telah menempa sejarah baru bila sistem kerja berkomputer diperkenalkan dan digunakan sepenuhnya dalam kerja-kerja harian. Ini sebagai langkah menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat IT yang mahir.

Usaha pengekalan kualiti menjadi budaya yang diterapkan ke dalam JB UTM. Demi meneruskan harapan dan legasi pimpinan terdahulu agar proses penyampaian perkhidmatan yang berteraskan Sistem Kualiti dapat dihayati dengan tulus dan kekal sebagai budaya kerja di dalam JB UTM. Usaha disambung menerusi kesinambungan pimpinan Bendahari di bawah teraju Puan Hajah Sharifah Alwiah binti Syed Alwi pada tahun 2009 sehingga Februari 2017. Kini Jabatan Bendahari diterajui oleh Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohd Salleh @ Ahmad bermula Mac 2017 selakuĀ  Bendahari ke-7 dalam meneruskan legasi kepimpinan terdahulu dengan kekuatan staf seramai 123 orang bagi kampus Johor Bahru dan 25 orang bagi kampus Kuala Lumpur .