JABATAN BENDAHARI

Soalan-Soalan Lazim

Apakah syarat-syarat untuk tujuan pengesahan Jawatan Dalam Perkhidmatan?

(a) Menamatkan tempoh percubaan selamaad 1 hingga 3 tahun dengan memuaskan.
(b) Lulus semua peperiksaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
(c) Hadir dengan jayanya Kursus Induksi.
(d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan

Bagaimanakah prosedur permohonan pencen pilihan?

(a) Buat surat permohonan kepada Pejabat Pendaftar melalui Ketua Jabatan.
(b) Setelah mendapat kelulusan dari Pejabat Pendaftar, serahkan urusan persaraan anda kepada Unit PSM untuk tindakan selanjutnya.
(c) Sila beri kerjasama sepenuhnya kepada Unit PSM dalam melengkapkan segala butiran di dalam borang serta kemukakan dokumen pesaraan yang diperlukan.
(d) Bakal pesara bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan bahawa semua maklumat yang dikemukakan ke JPA adalah betul, tepat, terkini dan lengkap.
(e) Kegagalan mengemukakan borang dan dokumen yang lengkap seperti yang dikehendaki akan menjejaskan permohonan tersebut.

Bilakah sebutharga bagi sesuatu peralatan/inventori akan dibuka?

Ia bergantung kepada permohonan daru unit stor pusat atau PTJ.

Bilakah keputusan bagi sebutharga peralatan/inventori akan diperoleh?

(i) Bagi sebutharga yang bernilai kurang dari RM50,000, sebutharga ini akan diperakukan oleh unit belanjawan dan stor pusat terlebih dahulu dan kemudiannya barulah ia akan diluluskan oleh Ketua Jabatan PTJ.
(ii) Bagi sebutharga yang berada dalam lingkungan RM50,000-RM200,000, sebutharga ini akan terlebih dahulu diperakukan oleh unit belanjawan dan stor pusat terlebih dahulu dan kemudiannya akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Pejabat Bendahari UTM. Seterusnya, ia akan diluluskan oleh Jawatankuasa Sebutharga Pejabat Bendahari.
(iii) Bagi sebutharga yang berada dalam lingkungan RM200,000-RM500,000, sebutharga ini akan terlebih dahulu diperakukan oleh unit belanjawan dan stor pusat terlebih dahulu dan kemudiannya akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Pejabat Bendahari UTM dan Jawatankuasa Sebutharga Pejabat Bendahari. Akhir sekali, ia akan diluluskan oleh Jawatankuasa Sebutharga Universiti.

This site is under maintenance